Saturday, March 06, 2021

Siakap steam


Siakap Stim Limau

Senang sangat masak Siakap Stim Limau ni. Kalau makan di kedai, kadang-kadang harga seekor ikan saiz sederhana (sesuai untuk 2-3 orang makan) boleh cecah harga RM 30-35. Padahal seekor/satu kilogram ikan siakap baru berharga RM 14-15 sahaja. 

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ikan Siakap x 1 ekor 
  • Lemon / Limau x 1biji
  • Halia 2inch
  • Bawang putih 3-5ulas
  • Cili Api x 2-3 biji
  • Daun Ketumbar
  • Kiub Ayam x 1kiub 
  • Serai x 2-3 batang

Bahan-bahan kat atas ni ikut selera masing-masing la kan. #tasteissubjective

Pastikan ikan sudah disiang dan betul2 dah dibuang sisik. Sebelum mula memasak, aku akan lumur ikan dengan asam jawa dulu dan biar kira-kira setengah jam ke sejam untuk kurang/hilangkan bau hanyir ikan. Stim ikan menggunakan pengukus (steamer) dalam 30minit hingga masak. Boleh juga kalau nak alas dengan daun pisang.

Untuk kuah pula; hiris lemon bulat-bulat, dan yang bahagian hujung tu diperah (pakai lemon squeezer) ke dalam periuk kecil. Masukkan hirisan halia, bawang putih, cili api dan daun ketumbar; tapi tak perlu hiris halus sangat. Titik serai dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan kiub ayam (pastikan Halal). Masak sehingga didih.

Keluarkan ikan dari pengukus, transfer ke pinggan lebar. Tuang kuah dari periuk ke atas ikan. Siap!

No comments:

Post a Comment