Monday, September 15, 2014

Taman Botani

Taman Botani Putrajaya

 

matahari terpacak atas kepala adik2 oiiii. semangat berbasikal

cuba carik benda tersembunyi
sampai jugak kat JAM SURIA



pokok menjalar ni cantik r. nk tanam sket kat apartment, ok x?


di titian 'kasih'an
some creative idea. the pattern of this floor tiles is made from real leaves. beautiful as well as informative

nampak tak laluan merah ktrg tuh? camni cerita nya...


Pada suatu tengahari, kami ke Taman Botani
Setelah selesai Kursus Kahwin kami
Dan Nasi Ayam Taman Warisan jadi santapan tengahari
Explore Putrajaya untuk menghabiskan masa yang berbaki
Sesampai disana, melihat ramai umat manusia
Pintu masuk “Wakaf” menjadi sasaran mereka
Kami hanya membontoti mereka tanpa usul periksa
Rupa2nya, mereka ke Restoran Makanan Laut Putrajaya
Sedari mereka semua mempunyai rencana
Barangkali majlis perkahwinan mahupun lain acara
Namun keindahan Tasik sangat menguja
Kerana malu kami ‘detour’ ke kanan sahaja
Merentasi Taman Paku Pakis setiba nya jam dua
Melihat Chinese Couple sedang bergambar mesra
Pre-wedding photoshoot tak usah ke luar negara
Malaysia juga ada banyak tempat yang istimewa
Ayu berbaju kurung, bertudung kepala
Si dia juga bukan main bergaya
Tapi masalahnya cuaca panas terik gila
Peluh keringat mengalir basah baju semua
Berlindung di bawah Titian Kanopi
Melihat adik2 dan foreigner berbasikal ke sana ke sini
Di hati pingin join sekaki
Tapi nampak gayanya mungkin lain kali
Meredah denai mengenali tanaman yang ada
Memanjat bukit yang dikelilingi tumbuhan Helicornia
Ke Taman Pepanjat yang memukau mata
Ingin ku petik tumbuhan menjalar tapi ada pula mata yang memeriksa
Ke puncak bukit itu misi
Kuyakini Bukit Palma menjadi saksi
Bergambar di Jam Suria sebagai bukti
Ayuh kita pulang wahai pujaan hati
Melalui Titian Kanopi kali ini
Setinggi pohon-pohon dikanan kiri
Pusat Interpretif Pelawat? rupa2nya entrance disini
Basikal juga boleh disewa dengan murah sekali
          Ku percaya banyak lagi perlu dilawati
Ke Astana Morocco juga barangkali
Tika ku berseluar panjang dan cuaca redup suatu hari nanti
Itu pasti




'bout the bass Kursus Pra Perkahwinan @ Putrajaya :-
Al Shahir Management
Kompleks Kejiranan Presint 16,
Jln P16G, Presint 16,
62150 Putrajaya
www.alshahir.com.my <-- register first
Tel: 019-2876979/019-3911310
Every Weekend
Sat : 9:00am - 6:30pm
Sun : 9:00am - 1:00pm
@ RM 80 / person (include meals)

No comments:

Post a Comment