Monday, December 22, 2014

Langkawi lagiiii......

ini adalah closing entry for the Langkawi trip. Pasni nak concentrate kat JB & Legoland as well as Melaka Trip plak. Coming soon, bakal ada entry pasal Gambang ^^



aku suka sangat kat Tugu Lang ni - landmark of Langkawi. even though this Eagle Square (Dataran Lang, next to Kuah Jetty) ni tersangat la panas, dan kalau naik bas tu terpaksa parking jauh, menapak jauh... tapi kalau takde bergambar dengan Helang ni macam tak complete trip ke Langkawi. katanya, government has spent about 3.8million untuk mencantikkan area nih. so, since dah spent banyak sangat duet rakyat marhaen, kita as rakyat nih jom la datang ke sini 'merasa' kemana duet2 kita dah pergi. *sinis ke? dok eh!*

Good news for those yang nak bawak masuk kenderaan korang ke Pulau Langkawi. sekarang dah boleh dah. please click here and here for more info ye. setahu aku, dorang dah start beroperasi awal bulan December aritu. rasa-rasanya dah dengar pasal ni dah lama dah, setahun lebih camtuh. finally... berjaya jugak Langkawi Auto Express Sdn Bhd ni buat service nih - walaupon dengar-dengar cerita ada yang tak puas hati pasal harga; ikut CC kereta camtuh. All d best!



masa aku pergi Langkawi Mar 2013, bangunan Haji Ismail Group (HiG) ni belum siap lagi. la ni, dah siap dah!... mai mai mai!!! some said shopping kat kedai2 kecik lagi best dari shopping kat his own building ni. eh yeke? ntahlah... bagi bukan-seorang-shopper macam aku, tak de beza nya shopping kat mana2 pon. sama je perasaan nye. mungkin ada barang yang dorang carik kat HiG building takde stok or takde design or takde flavor or takde brand yang macam dorg nak, tapi ada kat kedai2 kecik kat Kuah Town tu. FYI, setiap hari Jumaat, HiG ni tutup 2 jam time Solat Jumaat (12:30pm - 2:30pm). yang datang naik kereta, boleh park kat basement. yang datang naik bas, bas akan stop and park kat sebelah kiri bangunan - ada entrance kat situ. 
Besar kan bangunan HiG ni, siap ada hotel lagi... room rate aku tak tau, sila jangan tanya. at first aku ingat kan bangunan HiG ni nak buat macam Idaman Suri. walaupon besar, tapi bukan kedai HiG jek kat dalam kompleks ni, ada jugak kedai2 / stall2 lain tumpang meniaga kat dalam tu. Since aku takde plan nak shopping, so aku just spent less than RM100 for chocolate jek. beli Daim Snax, Hershey's Kisses, Whittaker's and a small box of Ferrero Rocher for Mr Boyfie. ngade jek... macam la kat Key El takde jual Ferrero Rocher tu. RM100 tu consider sikit tau, sebab selalunya orang datang Langkawi ni akan spend at least RM1000 sorang. siap beli set pinggan mangkuk, set sudu garpu.. barang2 dapur lah senang cakap. for those yang plan nak datang hari ke Pulau Langkawi nih (tak overnight), or nak stay 1 malam jek... jangan la shopping bagai nak rak. kang kena cukai kang, sia2 jek. slalu nya for minimum 2 nights stay pon, kena hati2 time shopping. barang2 yang dikenakan tax contohnya macam cigarette (max 1 karton sorg - rokok Dunhill 1 carton still RM70), kain batik, liquor (max 1 bottle / 1 liter sorg); ada lagi 2-3 barang... tapi aku dah lupe. sowieee -.-". tolong jangan buang ferry or flight tickets sebab nanti masa nak keluar dari Langkawi, pihak kastam akan check bila tarikh korang masuk ke pulau tu. Personally, aku lebih suka shopping (or window shopping) kat Rams (kat Pekan Rabu, opposite of de Baron Resort, not too far from Al-Hana Mosque or Kuah Jetty) sebab barang dapur kat situ lagi banyak pilihan dan cantik2. =)
Daim Snax RM11.50 ni pack baru.
aku beli kat Billion masa tgu HiG bukak lps solat Jumaat.
sama je manis dia macam gula2 Daim tu... 
meh aku tlg compare kan harga.
standard price for 50g Whittakers is RM 4.90
tp kalau kat duty-free, 3 packs at RM 8.90; sila ngaku murah
tapi... very limited flavor, and expiry date very soon. pls take note


ape laiieee nak cite yek? 

the other day, buffet lunch (8 dishes) kat Langkasuka Hotel, Kuah. kat coffeehouse dia - sebelah lobby yang connected with Langkawi Parade. Lunch kat Kampung Siam, Pantai Cenang. Kampung Siam ni tak pernah jadik favorite place aku (officemate yang buat booking). dulu aku rasa masakan dia pedas ya ampun, tapau for unwell client depa pii bungkuih nasi putih 3 dan telur dadar sekeping jek. aritu aku rasa seafood depa tak fresh plak. cam gini ha food presentation depa:
Tomyam Seafood, Soy sauce Prawn, Chicken Mango Salad,
Fried Squid with patper sauce, Fried Vege etc

last but not least, sebab nk jimat masa (shopping time for cokelat lagi berharga dari shopping gamat); kitorang singgah kat Sireh Lagenda Gamat Factory, jalan nak ke Makam Mahsuri. Selalunya kami ke Nusantara (tepi jalan besar) - kat Nusantara best lagi, sebab ada demonstration masak minyak gamat, dan boleh try celup jari ke dalam kuali yang tengah masak minyak gamat. mendidih tau! panas tu memang panas, tapi tak melecur pon. and then, kat Nusantara ada minyak Suruntun - officemate cakap minyak ni terbaik, cepat sembuhkan luka... kata dorg la....


yang lain semua aku dah duk habaq kat previous entry................
click here
click here
click here

here and here

No comments:

Post a Comment